Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, wujudnya blog ini adalah untuk menceritakan perjalanan seorang pelajar yang sedang cuba berjinak dengan dunia perdagangan. ecehh nampak poyo disitu.
Nama diberi Aqilah Rafaa binti Mohamed Noordeen, pelajar tahun 2 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia jurusan Information Technology(IT). Pada semester ini antara subjek yang diambil adalah E-Dagang. Maka, dengan subjek inilah yang mendorong aku untuk meng-signUp blog ini khas untuk Prof.Miswan.
Okey intro sikit pasal subjek ni. Dalam banyak-banyak perdagangan blog ini dikhaskan untuk menceritakan Perdagangan Mata Wang asing atau lebih dikenali sebagai FOREX. InshaAllah sedikit sebanyak ilmu yang ditimba akan dikongsi bersama dalam blog ni. Itupun kalau ada kelapangan untuk menulis menaip blog. Maklumlah sebagai seorang pelajar yang kononnya "busy" agak jarang menghabiskan masa untuk menaip blog tambahan pula dengan WIFInya yang sangat "LAJU" mampu membantutkan semangat jari jemari ini untuk menaip blog. hehe.